Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
RESEPI : Satay Ayam (anggaran 130 cucuk)
RESEPI : Satay Ayam (anggaran 130 cucuk) | Pada PEMINAT satay saya kongsikan RESEPI perapan yang sangat sedap Dan mudah, confirm anda semua akan puas hati dengan RESEPInya....
RESEPI : Satay Ayam (anggaran 130 cucuk)
Bahan -Bahannya :
- 3 kg dada ayam dipotong dadu sederhana jangan terlalu kecil sangat.
- Lidi satay.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk mengelak lidi sate Dari terbakar semasa dibakar .
- 25 sudu gula pasir
- 2 sudu garam
Bahan-Bahan Disangai :
- 2 sudu jintan putih
- 3 sudu jintan manis
- 8 sudu ketumbar
Sangai bahan diatas di dalam kuali jangan sampai hangus agak-agak dah naik bau matikan api.
Bahan-Bahan kisar :
- 4 ulas bawang kecil
- 8 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- halia
- kunyit hidup (kalau x da pakai kunyit serbuk)
- lengkuas
bahan-bahan yang disangai
air secukupnya
Masukan semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus.
sediakan bekas letak dada ayam yang sudah di potong masukan garam ,gula dan bahan-bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata dan sebati. kemudian tutup dengan wrap dan masukan di dalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.
selepas 2 jam keluar dari peti ais dan mula la mencucuk .1 lidi sate saya letak 3 pcs dada ayam..lepastu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama .selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap.
Saya biasa buat 3 hari sebelum hendak bakar.sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam.kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap juga.
selamat mencuba
Kredit: Syafira fiera
Semoga dapat memberi manfaat kepada semua...
Blog saya sentiasa berkongsikan resepi-resepi yang menarik,sedap Dan mudah di sediakan,untuk semua follower yang tersayang .....
Sekian " Terima Kasih " ....

