12 Resepi Bayam Brazil Yang Sedap Dan Sihat




Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 


12 Resepi Bayam Brazil Yang Sedap Dan Sihat







12 Resepi Bayam Brazil Yang Sedap Dan Sihat   |   Tahu tanam sahaja bayam brazil,tanam pun tahu buat ulam makan dengan sos bilis ( BUDU) saja,rupanya banyak menu yang kita boleh pelbagaikan untuk masak bayam brazil ini,saya hendak kongsikan resipinya ,untuk anda simpan nanti, supaya senang hendak masak BAYAM BRAZIL nanti....



1 - Resepi Kerabu Bayam Brazil  Dan Mempelam 






Resepi Kerabu Bayam Brazil & Mempelam.



Bahan Bahannya :


- Sebiji mempelam epal di mayang halus
- Secekak bayam brazil
- 8biji cilipadi
- 2biji cili besar
- 4ulas bawang merah
- Belacan sebesar ibu Hari
- Kelapa parut rm1
- Santan rm1
- Udang kepal(Saya campur yg kuning dan oren)
- Gula garam aji



Cara Membuatnya :


  1. Tumbuk cilipadi,cili besar, belacan,seulas bawang merah dan kelapa parut,gaul kesemua bahan tumbuk dgn mempelam,bayam brazil (bayam brazil klu nk hiris bagi kecik2 pun boleh) udang kepal,bawang merah yg dimayang serta santan...
  2. perasakan dgn garam gula aji.
  3. Tidak perlu letakkan asam sebab kita ada mempelam, bayam brazil xperlu celur Kita buat mentah utk rasa yg rangup.
  4. mudah bukan... 
  5. semoga bermanfaat utk semua


2 - Resepi Homemade Mixed Kerabu Udang Kering 






RESEPI Homemade Mixed Kerabu Udang Kering

 

Bahan Bahannya :


Hiris bayam brazil
salom
cekur
bawang besar
cili merah
tomato



Cara Membuatnya :


  1. Masukkan udang kering yang ditumbuk hancur.
  2. Masukkan kerisik, nyior putih yang dikukus dan sedikit garam.
  3. Gaulkan semuanya hingga sebati.


3 - Resepi Bayam Brazil  Goreng Udang Kering 

 




RESEPI Bayam brazil goreng udang kering



Bahan Bahannya :

 
1 hidangan
Semangkuk bayam
2 jemput udang kering
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 cawan air
1 camca besar sos tiram
3 sudu minyak masak



Cara Membuatnya :


  1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga hancur dan lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk tadi bersama dgn udang kering
  3. Setelah naik bau dan cili sedikit garing, tambahkan 1/2 cawan air. 
  4. Biarkan mendidih. 
  5. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bayam. 
  6. Saya tak letak garam sebab udang kering dan sos tiram sudah masin.
  7. Kacau rata dan tutup api. 
  8. Tak perlu lama lama nnt sayur terlebih layu


4 - Resepi Tumis Cendawan Dengan Bayam Brazil 

 




Resepi Tumis Cendawan dengan Bayam Brazil



Bahan Bahannya :

 
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 pek cendawan inoki
2-3 genggam besar daun bayam brazil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar minyak masak



Cara Membuatnya : 


  1. Hiriskan bawang merah dan bawang putih. 
  2. Cendawan di basuh dan potong
  3. Bayam rendam sekejap dan bilas.
  4. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
  5. Masukkan cendawan, goreng sampai layu. 
  6. Masukkan garam dan lada hitam. 
  7. Bila cendawan dah agak perang, baru masukkan bayam. 
  8. Gaul sekejap je sbb bayam ni cepat layu. 
  9. Dan boleh dihidangkan.


5 - Resepi Kerepek Pedas Bayam Brazil 






Resepi Kerepek Pedas Bayam Brazil



Bahan Bahannya :


2 ikat bayam brazil - ambil daun sahaja
1/2 cawan tepung bestari hot spicy
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air ais - sejuk dari peti ais
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
1 sudu kecil ketumbar **



Cara Membuatnya :

  1. Bersihkan daun bayam brazil.
  2. Bahan bertanda ditumbuk dahulu.
  3. Satukan kesemua tepung dan campurkan bahan tumbuk tadi bancuh dengan air ais.
  4. Masukkan air ais sedikit-sedikit hingga dapat bancuhan tak pekat & tak cair sangat ikut keselesaan.
  5. Panaskan minyak yang banyak, ambil daun bayam brazil celup dalam bancuhan tepung, goreng hingga kekuningan dan kelihatan rangup, angkat dan toskan minyak.
  6. Sedia dihidang sebagai snack paling sedap untuk keluarga.


6 - Resepi Pasta Bayam Brazil 






RESEPI PASTA BAYAM BRAZIL



3/4 peket pasta- apa-apa brand pun boleh. 


Rebus pasta dengan garam dan sedikit minyak.


BAHAN BAHAN


Persediaan Pasta


Garam dalam1-2 sudu ya. Biar masin menyerap dalam pasta. Toskan (jangan basuh) dan simpan segelas air rebusan pasta untuk menggoreng nanti. 


1 mangkuk kecil udang 5 ulas bawang putih-cincang 4-5 sudu besar minyak zaiton 1 kiub ayam 1 sudu kecil serbuk bual pala/nutmeg 1 mangkuk bayam sedikit hirisan capsicum merah dan hijau-optional 1 sudu chili flakes/ 1 sudu lada hitam ditumbuk kasar Sedikit air rebusan pasta
 

Cara Membuatnya : 


  1. Tumiskan bawang putih dengan minyak zaiton hingga layu.
  2. Masukkan udang, kacau hingga masak. 
  3. Masukkan kuib ayam, serbuk buah pala dan sedikit air rebusan. 
  4. Kacau. 
  5. Kalau suka berkuah, lebihkan air rebusan..
  6. ikut pilihan masing-masing ya. 
  7. Masukkan sayuran. 
  8. Kacau. 
  9. Tutup api. 
  10. Masukkan pasta dan gaul sebati bersama dengan chilli flakes/lada hitam tumbuk. 
  11. Jangan gaul kuat sangat nanti pasta tak cantik berkilat.



7 - Resepi Bayam Brazil Celup Tepung 






RESEPI BAYAM BRAZIL CELUP TEPUNG!



Bahan - Bahannya : 


1 mangkuk Bayam brazil
1 cawan Tepung beras
1 sudu teh Garam
3/4 cawan Air sejuk dari peti ais
Minyak utk menggoreng



Cara Membuatnya : 

 
  1. Cuci bayam brazil sehingga bersih dan toskan
  2. Dalam bekas kosong masuk tepung beras, garam dan air sejuk dri peti ais
  3. Kacau hingga sebati, bancuhan tak perlu terlalu pekat
  4. Celupkan bayam brazil kedalam adunan tepung tadi
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bayam brazil yg telah dicelup dalam adunan tepung
  6. Setelah masak, bleh diangkat dan hidangkan. Boleh juga dicicahkan bersama sos jika mahu. Rasanya rangup seperti keropok.


8 - Resepi Kerabu Bayam Brazil 






RESEPI KERABU BAYAM BRAZIL 

 

Bahan-bahan:


10 batang bayam brazil - bersihkan dan potong - pisahkan batang dan daun
2 cawan taugeh - bersihkan - bilas dan toskan airnya
1/2 cawan hirisan lobak merah 
3 batang serai - hiris halus
1 cawan kelapa parut
3 sudu besar udang geragau
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam & gula secukup rasa



Bahan tumbuk:


7 biji cili padi - boleh kurangkan jika tidak suka pedas
2 ulas bawang putih - digoreng
3 biji bawang merah - digoreng 
(boleh bubuh belacan kalau suka - Amie tak bubuh sebab dah letak banyak udang geragau)



Cara Membuatnya :

  1. Sangan kelapa parut bersama udang geragau sehingga kelapa parut kelihatan kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Jerang air secukupnya. Bila mendidih, masukkan batang bayam. Masak selama 1/2 minit. Kemudian masukkan daun bayam. Bila daun bayam berubah warna, terus angkat bahan celur dari periuk dan rendam dalam air sejuk sebentar. Toskan.
  3. Dalam sebuah bekas, campurkan sayur bayam, taugeh dan lobak merah serta serai.
  4. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa sangan.
  5. Campurkan bahan 3 dan 4.
  6. Gaul rata bersama garam dan gula serta jus limau kasturi sebagai perasa.
  7. Hidangkan segera.


9 - Resepi Telur Dadar Bayam Brazil 






RESEPI TELUR DADAR BAYAM BRAZIL



3 biji telur ayam Gred B
Secekak bayam brazil (dipotong)
1 biji bawang merah (hiris halus)
Garam secukup rasa
Minyak (untuk menggoreng)


Cara Membuatnya :

 
  1. Campur telur, bayam, bawang dan garam. 
  2. Gaul sebati.
  3. Panaskan kuali. Masukkan bancuhan telur. 
  4. Masak sehingga garing.
  5. Setelah garing, terbalik kan. Bila dah sempurna masak. 
  6. Tutup api, angkat dan sedia untuk dihidang

Selamat mencuba




 
10 - Resepi Masak Lemak Sayur Bayam Brazil 






Resepi Masak Lemak Sayur Bayam Brazil



Bahan-bahan:


2 ikat sayur bayam brazil
1 tangkai cili merah
1 pek santan
Garam



Bahan tumbuk:


1 ekor ikan - rebus dan ambik isi
4 ulas bawang merah
Sedikit lada hitam



Cara Membuatnya :


  1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat.
  2. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
  3. Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. 
  4. Kacau rata sehingga kuah mendidih.
  5. Masukkan bayam dan cili merah dan kacau sehingga sehingga sayur lembut.
  6. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya. 
  7. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan



11 - Resepi Sup Sayur Bayam Brazil 
 





RESEPI SUP SAYUR BAYAM BRAZIL



Bahan-Bahan:


1 paket bebola ikan
sedikit udang
cendawan tiram
Bayam Brazil
karot
jagung muda atau baby corn
sayur sawi
serbuk pati ayam
garam
sedikit lada sulah
daun sup
bawang goreng



Bahan-bahan cincang halus:


1 inci halia,
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah



Cara Membuatnya :


  1. Panaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus.
  2. Masukkan bebola ikan, karot dan baby corn. 
  3. Pada waktu menumis ni kita masukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut.
  4. Tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi.
  5. Masak hingga mendidih. 
  6. Tabur dengan hirisan daun sup dan Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah.


12 - Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan






Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan



Tak habis lagi dengan Bayam Brazil ini , tak boleh nak move on lagi...Saya suka , sedap buat goreng belacan ini.. letak belacan banyak sikit sedap giler!!



Serius sedap dari kangkung goreng belacan weyhh!!!, harapkan batang kangkung ja belambak daun secotek saja...korang kena cuba tau!!!



Ehh.. nak jugak ke resepi Goreng belacan ini ..Tapi resepi agak - agak saja semuanya , ini cara saya yang mudah ok!!!!






resepi Bayam Brazil Masak Sambal  Belacan



Bahan Bahannya :


Bayam Brazil
6 biji cili besar + cili padi.suka pedas campur cili padi lebih sikit*
3 ulas Bawang merah*
2 ulas Bawang putih*
sedikit udang kering atau ikan bilis
Belacan.. agak agak la..letak byk sikit kalau nak lagi sedap
gula, garam , perasa, asam



Cara Membuatnya : 


  1. Tumbuk semua bahan bahan yang ditumbuk tadi. 
  2. Kalau blend bagi kasar sikit ya.
  3. Tumiskan bahan bahan yg ditumbuk tadi , dah masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikitttt saja tau perahan lemon atau air asam jawa. 
  4. Tak masukkan pun ok saja.
  5. Last masukkan sayur bayam....sudah siap

Marilah kita tanam pokok ini pulak. Mudah sahaja hendak menanamnya ..



Sekian " Terima Kasih " .....














Post a Comment

1 Comments
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!