RESEPI : Wantan Mee Kicap Dan Sup Dumpling



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 


Wantan Mee Kicap Dan Sup Dumpling






RESEPI : Wantan Mee Kicap Dan Sup Dumpling.  |   Setahu saya Wantan Mee ini kebiasaannya orang cina yang suka makan, bila mendengar sahaja Wantan Mee Kicap ini agak pelik sedikit, sebab Goreng dengan Kicap,  sedap ke? 






Wantan Mee Kicap


Bahan - Bahannya ;


Mi Wantan Kicap:


Mi Wantan - ( dicelur & letakkan sedikit minyak untuk x melekat )
Sos Tiram
Kicap
Minyak Bijan



Cara Membuatnya : 


  1. Satukan kesemua bahan ( Sos Tiram, Kicap, Minyak Bijan ) di dalam bekas. 
  2. Kemudian, masukkan Mi Wantan yang telah dicelur ke dalam bekas yang berisi bahan² kicap tadi. 
  3. Gaul rata sehingga semua sebati & kicap meresap elok ke dalam Mi Wantan tadi.



Bahan - Bahannya :


Sawi / Pak Choy - dicelur seketika
Cendawan Shitake Kering - direndam dalam air panas sehingga lembut. Toskan lebihan air



Bahan - Bahan untuk inti Dumpling :


Isi Ayam / Isi Udang
Cendawan Shitake Kering - direndam dengan air panas, toskan lebihan air.
Daun Bawang
Lobak Merah - ( dipotong dadu kecil² )
Bawang Merah/Bawang Holland - ( dipotong dadu kecil² )
Lada Sulah
Sos Tiram
Garam
Kiub Ayam / Stok Ayam
Tepung



Cara Membuatnya ;


  1. Kisar halus isi ayam/isi udang dengan cendawan shitake kering yang telah direndam tadi. 
  2. ( Kalau nak senang, kisar sekali dengan isi ayam/isi udang tapi kalau x potong dadu kecil² ) bersama sedikit garam, sos tiram, lada sulah, kiub ayam/stok ayam.
  3. Kemudian masukkan lobak merah, daun bawang serta bawang yang telah dipotong tadi serta sedikit tepung. Gaul rata untuk pastikan semuanya sekata.



P/S : Pastikan inti dumpling xpenuh sangat sebab kulit dumpling mudah terkoyak. Gunakan 1 sudu kecil je untuk letak inti tu. Lekatkan kulit dumpling tu gunakan air & tekan sedikit untuk padatkan dan kemaskan inti di dalam kulit dumpling tersebut. Kemudian, boleh kukus dalam 20 minit.



Bahan - Bahan untuk Sup Dumpling ;


Kiub Ayam/Stok Ayam
Air
Kobis Cina panjang ( jika suka )
Dumpling - ( yang telah dikukus )
Daun Bawang
Bawang Goreng



Cara Membuatnya : 


  1. Masukkan air, kiub ayam/stok ayam, kobis panjang ( jika suka ) dan dumpling yang telah dikukus tadi. 
  2. Renehkan seketika sehingga mendidih dan boleh dihidangkan dengan taburan daun bawang serta bawang goreng.


Nota :


Untuk menambahkan kesedapan Wantan Mee Kicap, boleh sediakan kicap cili potong dengan Minyak Bawang Putih. Memang terangkat.



Selamat Mencuba!



Kredit: hagia zandra sophia






Sekian " Terima Kasih " ...















Tags :-

Post a Comment

0 Comments
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!