Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
TAHUN 2025 UMUR ???
TAHUN 2025 UMUR ??? | Umur dah tiga puluh lebih ini makin lama ada jer sakit,kena jaga makan dan minum dengan betul,saya bersyukur sangat-sangat kerana sakit tiadalah serius sangat,saya sentiasa berdoa agar pada Allah s.w.t diberikan kesihatan yang baik ...
Mesti orang tidak percaya kalau saya cakap umur sudah tiga puluh lebih ,ada yang melihat saya depan-depan diorang cakap seperti umur dua puluh lebih baru,wajah nampak seperti kebudak-budakan, hehehe,mungkin saya berkawan dengan budak-budak bawah umur,sebab itulah mereka melihat saya seperti kebudak-budakan.....
Saya sentiasa doakan ;
" Ya Allah ,ya Rahman, ya Rahim engkaulah yang maha penyayang,maha pengasih ,maha pemberi dan segalanya puji bagimu ya Allah,engkau panjangkanlah umurku,umur ibuku,berikanlah aku dan ibuku kesihatan yang baik,lindungkanlah aku dan seluruh keluargaku,jauhilah aku daripada perkara-perkara yang negatif,dekatilah aku perkara-perkara yang positif, bukakanlah pintu rezeki ku seluas-luasnya kerana aku hanya mampu berusaha untuk mencarinya,hadirkanlah orang-orang yang baik dan Soleh , kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan memberi aku semangat....."
Saya doakan juga semoga anda semua sihat dan bahagia dalam kehidupan,semoga kita semua sedar atas salah dan silap selama ini, bersyukurlah kerana rezeki Allah itu selalu ada dan tak pernah putus-putus.....
Siapa boleh Teka umur saya dengan tepat,saya akan memberikan hadiah,sila teka di ruangan komen....
Sekian " Terima Kasih " ......
