Rupanya maksiat ni ada 2 jenis. Maksiat zahir & maksiat batin.


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 


Rupanya maksiat ni ada 2 jenis. Maksiat zahir & maksiat batin.
 



Rupanya maksiat ni ada 2 jenis. Maksiat zahir & maksiat batin.    |   Dan rupanya maksiat ni bukan makna bila kita buat dosa je. Tapi meninggalkan suruhan Allah pun adalah bentuk maksiat. 


Apa itu maksiat zahir?


Maksiat zahir ni perlakuan dosa yang dibuat secara zahir. Boleh dilihat dengan mata kasar. Contoh tak tutup aurat, tak solat, tak puasa, mendekati zina, mengumpat, mencuri dsb nya.
 

Maksiat Batin ni pulak maksudnya maksiat hati. Iaitu segala dosa & kecelaan yang muncul disebabkan penyakit hati. Manusia mungkin tak nampak, tapi jelas dapat dilihat oleh Allah.

   
10 JENIS MAKSIAT BATIN


Disebutkan oleh Imam Ghazali dalam Kitab Arba’ Fi Ushuluddin 10 perkara: 


1. SYARAHUT THA’AM
Banyak makan. Keterlaluan 

2. Syahrul Kalam
Banyak bercakap perkara sia-sia

3. Gadhab
Kuat marah

4. Hasad
Dengki akan orang lain yang beroleh nikmat

5. Hubbul Jah
Cintakan pangkat kebesaran dan kedudukan 

6. Hubbun Dunya
Cinta akan dunia

7. Al bukhlu wa hubbul mall
Bakhil kedekut & cintakan harta

8. Takabbur 
Membesar diri

9. Ujub
Terpesona & merasa kagum akan diri sendiri

10. Riya’
Melakukan ibadat / sesuatu perkara bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk dan mendapat pujian manusia.


Maksiat batin memberi kesan buruk pada akhlak. Hati yang penuh dengan sifat terkeji akan terzahir akhlak yang buruk. Yang akan merugikan dirinya di dunia dan akhirat. 


Nak menghakis sifat tercela ni perlu lalui proses pembersihan jiwa. Dan Allah menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha kearah itu.


“Demi jiwa manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya,” (al-Shams, 91: 7-10)


Bila kita tak usaha membersihkan hati, maka sangat mudahlah kita tergoda dengan bisikan syaitan dan iblis untuk berbuat mungkar. 


Moga kita sentiasa kuat muhasabah dan kuat mujahadah membersihkan hati dari 10 perkara mazmunah ini. 


Kuliah Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh - Masjid Negeri Perak
14/11/24


Jazakallah Khair ustaz yang menyampaikan ilmu ini.


Sekian " Terima Kasih " ....

Post a Comment

0 Comments
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!