10 Jenis Biskut Yang Pastinya Mnjadi pilihan ....



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


10 Jenis Biskut Yang Pastinya Mnjadi pilihan ....



10 Jenis Biskut Yang Pastinya Mnjadi pilihan ....     |   Saya hendak kongsikan RESEPI biskut yang pastinya menjadi pilihan anda , resepinya agak ringkas dan senang untuk membuatnya , Pelbagai jenis biskut ada , yang pastinya menarik minat anda , JOM kita lihat RESEPInya .....



1 - Resepi Biskut Snow Almond




Resepi Biskut Snow Almond


Bahan - Bahannya ;

Bahan A
260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam

Bahan B
300gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung
Hiasan : Coklat masakan dan breadcrumb putih


Cara Membuatnya ;

  1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
  3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
  4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb/

Selamat Mencuba!!


2 - Resepi Biskut Suji Crystal





Resepi Biskut Suji Crystal


Bahan - Bahannya ;


Bahan A(diayak bersama)

250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B

125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster

Cara-cara :

  1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
  2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya .
  3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.
  4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.
  5. Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.



3 - Resepi Biskut Kepompong




Resepi Biskut Kepompong


Bahan - Bahnnya ;


150 gram butter
60 gram gula icing
1 biji telur gred A
110 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
4 sudu besar susu tepung nespray
1 sudu the esen vanilla
1 sudu the pewarna hijau / merah or apa2 anda mahu


Cara Membuatnya ;

  1. Pukul butter , gula esen dan telur sehingga sebati . Tak perlu kembang. 
  2. Masukkan tepung gandum tepung jagung dan tepung susu sedikit demi sedikit
  3. Uli menjadi doh sambil masukkan pewarna anda mahu  . Tambah tepung gandung sikit jika lembik
  4. Gentel bulat dan seterusnya tekan menjadi bujur
  5. Golek atas acuan siput
  6. Letak coklat chip / bijan hitam tuk mata
  7. Bkar suhu 150’C/ 15-20 minit pada api atas bawah
  8. Sejukkan sebelum masuk ke botol

Terima kasih Puan Nik Ellyanie atas resepi yang cantik ini.



4 - Resepi Biskut Oat Pisang Untuk Diet





Resepi Biskut Oat Pisang Untuk Diet


Bahan-Bahanya:

Pisang - 2 biji
Gula - 2 Sudu 
Oat - 1 cawan


Cara-caranya:

  1. Lenyekan pisang bersama gula sehingga hancur dan tidak berketul.
  2. Kemudian masukan oat dan gaul hingga sebati.
  3. Kepal @ Jadikan bahan tadi menjadi bulat dan diletakan didalam loyang.
  4. Bakar selama 10-15 minit dan kemudian sejukan serta dimasukan ke dalam bekas @ botol kedap udara supaya tidak lemau. 
  5. Pastinya sedap!!! Jom cuba !!!
  6. (Bagi sesiapa yang menghidapi kencing manis, disarankan agar tidak perlu memasukkan gula)



5- Resepi Nutella Pod Cookies by Hanalicious




Resepi Nutella Pod Cookies by Hanalicious


Bahan - Bahannya :

380g tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
50g serbuk hazelnut
250g mentega
220g gula pasir halus
1 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Acuan muffin kecil - di gris
1 botol nutella


Cara Membuatnya ;

  1.  Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder. Satukan dengan serbuk hazelnut.
  2.  pukul mentega & gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur & esen vanilla. Putar rata.
  3.  masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.
  4.  bulatkan doh 25g, tekan ke dalam acuan.
  5.  bakar suhu 170 darjah selama 10-15 minit.
  6.  keluarkan dari oven, kemudian tekan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang di tengahnya. Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah di tekan.
  7.  bakar semuka selama 5 minit.
sejukkan dahulu sebelum di paipkan nutella di tengahnya. Hias ikut suka..



6 - Biskut Makmor




 Resepi Biskut Makmor


Bahan - Bahannya ;

1kg tepung gandum..dsangai dlu
Minyak sapi..cairkan
2sb gula..blend


Cara Membuatnya ;

  1. Gaul tepung bersama gula 
  2. selepas itu tuangkan minyak sapi sikit demi sikit..
  3. uli sampai menjadi doh..
  4. selepas itu bulatkan bagi lubang tengah dah boleh letakkan inti..
  5. selepas itu tekapkan dengan acuan kesukaan anda .
  6. sudah boleh bakar..
  7. bakar dalam suhu 170 dlm 20 minit..

jom tengok ramuan inti..


Bahan Untuk Inti ;

Kacang tanah..blend 
Gula..blend..
caranya..satukan bahan gaul serata..

Gula..blend..yang ni selepas bakar tunggu kuih sejuk boleh la lumur dgn serbuk gula ya..ok siap..

Kredit Resepi : masni bahari


7 - Biskut Mazola...




BISKUT MAZOLA


Bahan - Bahannya ;

3 cawan tepung gandum
3 cawan kacang tanah yg dikisar
2 cawan gula aising
Minyak jagung ikut kelembutan adunan
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur utk sapuan atas kuih..


Cara Membuatnya ;

  1. Gaulkan kesemua bahan - bahan diatas..
  2. Masukan minyak jagung sedikit demi sedikit gaul sehingga sebati adunan.
  3. Boleh diterap atau dibulat - bulatkan mengikut citarasa sendiri.
  4. Sapukan kuning telur diatas kuih
  5. Siap dibakar suhu 150°c selama 15 minit ikut oven masing - masing .

Kredit Resepi : fasubfihah Ahmad



8 - Resipi Biskut Snow White




Resipi Biskut Snow White


125g putih telur
175g icing sugar
1st esen vanila
140gm cornflakes
200gm choc chips


Cara Membuatnya ;

  1. Pukul putih telur high speed dlm 2minit
  2. Masuk icing sugar dan sambung pukul high speed (2minit lg)
  3. Pukul sampai jadik mcm maringue (tak menitik/gebu)
  4. Masuk esen vanila 
  5. Masuk cornflakes & choc chip (gaul guna spatula shj dah tak perlu guna mixer)
  6. Scoop atau guna sudu drop atas loyang dan bakar.
  7. Bakar api 150-160 

*make sure mixer bowl betol2 kering sbb putih telur tak akan naik kalau tercampur air

Selamat mencuba

Kredit Resepi : el emmy



9 - biskut viral 3 resepi







bahannya:
2 cawan tepung jagung
4 sudu susu pekat
2 sudu butter

cara2:
gaul semua sehingga menjadi doh...pastu buat bulat2 dan tekan pakai pkai garpu...hias biskut mengikut citarasa..bakar suhu 160'c..selama 20 minit...

 selamat mencuba

credit : Ana Sue, mahn



10 - Biskut kacang peas




RESEPI : Biskut Kacang Peas


Bahan - Bahannya ;


2 CAWAN TEPUNG GANDUM *
2 CAWAN TEPUNG KACANG PEAS *
1 CAWAN GULA ICING *
2 SUDU TEPUNG JAGUNG *
MINYAK MAZOLA

  1. GAUL RATA SEMUA BAHAN BERTANDA * SELEPAS TU BARU MASUKKN MINYAK SIKIT DEMI SEDIKIT
  2. ULI SAMPAI DOH X LEKAT DI TANGAN
  3. DAH SIAP BOLEH CANAI & TEKAP
  4. SAPUKAN KUNING TELUR & TABURKAN TEPUNG KACANG PEAS KAT ATAS
  5. BAKAR SUHU 170 SELAMA 25MINIT @ IKUT KESESUAIAN OVEN MASING2

Kredit page : Jom belajar bust biskut.


Itulah 10 Jenis Biskut Yang Pastinya Mnjadi pilihan , Jadi apa lagi Jom cuba buatnya sendiri di rumah , Pasti seronok bila buat aktiviti ini bersama anak - anak , itu pun kalau ada anak , kalau macam saya ini buat dengan anak saudara sajalah .....


SELAMAT MEMCUBA !!!


Sekian " Terima Kasih " ....

Post a Comment

0 Comments
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!