Terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada owner blog http://www.sofinahlamudin.com/ kerana membuat segmen tersebut...
Sebelum saya meneruskan sesi perkenalan, saya nak ajak blogger-blogger semua untuk join segmen ini, segmen ini dapat mengenali lebih dekat dan rapat lagi hubungan persahabatan di antara kita....
mana nak mula ni ek!!!
Saya mulakan dengan latar belakang dulu ;
Nama penuh : Mohamad zulhelmi bin Abdul rahman
Nama panggilan : miey, helmi, kimiey, kaymiey dan emiey
Nama popular : kaymieyarahman/pokucu
Umur : 28 tahun (2017)
Tempat lahir : kuala krai, Kelantan
Tarik lahir : 26 julai 1989
Pendidikan : spm 2006 sekolah menengah kebangsaan kuala krai(smkkk)
Bekerja sebagai tukang masak western di sebuah kedai makan di Machang, Kelantan...
Saya merupakan anak yang kesembilan daripada dua belas adik-beradik dan merupakan anak bongsu lelaki(kesayangan ibu), bongsu keladi kan, betul tak? Bongsu keladi masih ada adik lagi...
Saya seorang yang pendiam dan tak suka bercakap banyak, nak kena orang tegur dahulu baru saya layan...
Saya mula berjinak-jinak dalam bidang blogger ini seawal umur 12 tahun,ketika itu member saya yang ajak pergi ke cyber cafe, itulah pertama kali saya mengenali komputer, selepas itu, bila sahaja hujung minggu saya akan pergi bersama member ataupun seorang diri,waktu itu saya tak tahu sangat tentang blog ini,buat untuk suka-suka,tapi sekarang kalau nak dapatkan balik memang susah...
Saya masih ingat lagi bagaimana belajar untuk buat blog, saya belajar melalui MAJALAH PC, ada satu ruangan bernama MahirIT tak silap saya, cara tutorialnya mudah difahami dan senang untuk ikuti...
Sampai sekarang saya meminati dan mengumpul majalahPC...
Banyak juga blog yang saya buat, tapi blog itu saya update dengan hanya copy paste sahaja, jika saya berkenan dengan artikel tersebut, saya terus copy dan paste pada blog...
Saya mula serius dengan blogger ini pada tahun 2014, waktu itu saya sudah bekerja dan mampu memiliki phone ,laptop sendiri, blog pertama saya http://www.kaymiey2428.blogspot.com/ yang kedua http://www.kmieyabdulrahman.net/ yang mempunyai domain sendiri, dan yang ketiga http://www.pokucu.com/ yang juga mempunyai domai...
Ketiga-tiga blog tersebut masih aktif dan selalu update 3/10 kali dalam sebulan...
Itu sahaja yang dapat saya kongsi dan ceritakan pada kali ini, di harap artikel tersebut jelas tentang suai kenal saya...
Sekian "terima kasih" ...
