Mamee/Maggie Sup

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pok_Ucu nak kongsikan satu resepi yang mudah dan senang, bagi yang bujang yang nak makan mamee/maggie masakkan sendiri, boleh la cuba resepi Pok_Ucu ini...

Sedap ataupun tak kau orang cuba la sendiri, nanti kalau dah cuba resepinya boleh tinggalkan komen pada post ini...

Mamee/maggie sup



Saya namakan sup kerana masakkan tersebut berkuah...

Hidangan untuk seorang sahaja, jom lihat resepinya...

Bahan-bahan

1 paket mamee/maggie segera (saya gunakan MAMEE perisa kari, terpulang pada anda nak gunakan perisa apa.)
1/2 ulas bwang besar (dipotong halus)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 ulas bawang merah kecil (dipotong halus)
100gm isi ayam (dipotong dadu)
1 biji telur
5gm sawi (dipotong 1cm)
5gm bunga kobis (dipotong kecil2)
Sedikit minyak masak
1gelas air masak/paip

Cara-caranya

- panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak masak.

- bila minyak sudah panas, masukkan bawang besar, bawang putih dab bawang merah, tumiskan sehingga naik bau dan nampak kekuningan.

-masukkan isi ayam (dipotong dadu)  dan kacau sehingga bertukar warna kekuningan, isi ayam kena betul-betul masak..

-masukkan bunga kubis dan kacau perlahan-lahan, sehingga bunga kubis tersebut masak, bunga kubis tersebut menjadi lembut.

-masukkan segelas air masak/paip, biarkan mendidih.

-bila mendidih pecahkan sebiji telur dan biarkan sampai telur masak.

-bila telur sudah masak, masukkan mamee/maggie dan biarkan seketika sehingga lembut.

-masukkan perencah mamee/maggie yang digunakan.

-masukkan sayur sawi dan kacau...

-tutup api dan hidangkannya..

Selamat memcuba

Itulah cara saya memasak Mamee/maggie di rumah, al maklumlah orang bujang kalau nak jimat kena pandai-pandai masak sendiri..

Nanti anda nilailah sendiri sama ada sedap ataupun tak, tak cuba, tak tahu, sudah cuba, fikirlah sendiri. ..

Jika anda nak kongsikan cara masakkan sendiri, boleh letakkan link pada ruangan komen...

Sekian "terima kasih" ...



Tags :-

Post a Comment

21 Comments
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!