Bila Dia Asyik Cari Salah Kita …



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 


Bila Dia Asyik Cari Salah Kita…






Bila Dia Asyik Cari Salah Kita…   |   Ada seorang sahabat datang mengadu. Katanya ada orang yang asyik perhatikan Facebook dia, komen itu ini, sindir halus dalam status, dan seolah-olah tunggu masa nak jatuhkan dia. Bila dia post artikel, orang tu kata riak, dikata menunjuk. Bila diam pun, masih ditafsir macam-macam.


Aku senyum dan cakap:
“Orang yang iri hati dengan kita, dia akan sentiasa cari salah kita. Itu tandanya dia masih berada di bawah kita.”


Kenapa?


Sebab orang yang betul-betul hebat, dia takkan buang masa tengok hidup kita. Dia akan sibuk dengan usaha dia sendiri. Dia tenang. Dia tak perlu jatuhkan sesiapa. 


Tapi bila seseorang tu terlalu ambil tahu pasal kita — setiap langkah, setiap posting, setiap kejayaan kecil — besar kemungkinan dia sedang bergelut dengan rasa tak puas hati dalam diri sendiri.


Dengki ni sifat lama. Sifat iblis.
Sebab dengki jugalah Qabil bunuh Habil.
Sebab dengki jugalah Yusuf dipenjara.
Sebab dengki jugalah Nabi Muhammad dihina dan dicaci.


Orang yang kena dengki ni… biasanya orang yang sedang naik, sedang bersinar, dan sedang buat perubahan. Maka jangan hairan bila ada yang tak senang.


Dan yang iri hati tu tandanya dia sedang berada di bawah kita - sebab tu dia sibuk nak jatuhkan kita.  Dan dia sedang jatuhkan nilai diri dia sendiri di sisi Allah.


Pesan saya - 


Biarlah kita dihina, dicaci, dituduh macam-macam — Asalkan Allah tahu niat kita.


Orang sibuk menilai zahir, tapi Allah menimbang hati kita.


Biar kita diam, maruah dan hikmah kita akan terpelihara. 


Cukuplah kita terus melangkah —
Kerana kafilah akan tetap berjalan…
walau anjing menyalak sepanjang jalan.”


P/s: Diam itu adalah mutiara hikmah bagi orang yang berakal.



Sekian " Terima Kasih " ....
Tags :-

Post a Comment

0 Comments
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!