KISAH DAN TAULADAN : SIRI PARA ANBIYA': NABI OBED



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 


KISAH DAN TAULADAN : SIRI PARA ANBIYA': NABI OBED




KISAH DAN TAULADAN : SIRI PARA ANBIYA': NABI OBED     |    Mari kita sama-sama ikuti satu kisah nasi yang pastinya telah menjadi sejarah Islam,saya pun baru membacanya Dan ingin kongsikan pada anda semua....






SIRI PARA ANBIYA': NABI OBED


Nabi Obed merupakan salah seorang Nabi Bani Israil yang hidup dan tinggal di Jerusalem pada zaman pemerintahan Raja Ahas (Ahaz/Yehoahas) bin Yotam, raja Kerajaan Yehuda (735-715 SM). Beliau hidup sezaman dengan Nabi Isaiah (Yesaya) dan Nabi Oded.

Raja Ahas merupakan seorang raja yang sangat zalim dan penyembah berhala. Pada awal pemerintahannya, Raja Pekah dari Kerajaan Israil, dan Raja Rezin dari Kerajaan Damascus, Syria telah memaksa baginda untuk bergabung dengan mereka dalam persekutuan anti Asyur. Pada masa yang sama, Allah Taala telah mengutus Nabi Obed kepada Raja Ahas untuk mengajak baginda supaya beriman kepada Allah, tetapi seruannya telah ditentang oleh Nabi-Nabi palsu Kerajaan Yehuda. Sementara itu, pakatan yang dianjurkan oleh Raja Pekah dan Raja Rezin telah ditolak oleh Raja Ahas. Raja Pekah dan Raja Rezin memutuskan untuk mengganti Raja Ahas dengan anak Tabeel.

Karena paksaan ini gagal, maka negara sekutu telah berpakat untuk menyerbu Kerajaan Yehuda. Maka kedua kerajaan pun mengerahkan bala tentera mereka ke negeri Yehuda. Atas petunjuk dari Allah Taala, Nabi Obed tahu akan serbuan itu lalu beliau menunggu di sempadan negeri. Apabila tentera Kerajaan Israil memasuki sempadan, Nabi Obed menemui mereka lalu berkata: "Wahai sekalian kaum Israil, sesungguhnya aku Obed, utusan Allah. Lihatlah oleh kamu sekalian bahawa Allah, Tuhan nenek moyang kamu semua murka kepada Yehuda lalu Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan kamu semua. Sesungguhnya murka Allah amatlah keras!".

Dalam serangan itu, banyak rakyat Yehuda menjadi korban dan sebahagiannya menjadi tawanan dan dibawa ke Israil. Beberapa bulan kemudian, atas campur tangan Nabi Oded yang tinggal di Israil, semua tawanan diselamatkan dan kembali ke negeri Yehuda. Dalam krisis yang sangat teruk, Allah mengutus seorang Nabi bernama Nabi Isaiah untuk menyeru seluruh rakyat Yehuda dan Raja Ahas kembali beriman kepada Allah. Nabi Isaiah bersama Nabi Obed berusaha mengajak Raja Ahas beriman kepada Allah tetapi usaha mereka menjadi sia-sia malah mendapat tentangan dari Nabi palsu selain ancaman dari Raja Ahas sendiri.

Untuk mengukuhkan kedudukannya dan menyelamatkan dirinya dari konspirasi pakatan Aram-Efraim, Raja Ahas pun meminta bantuan dari Raja Tighlath-pileser dari Kerajaan Assyria. Sebagai imbalan dari bantuan Kerajaan Assyria, Raja Ahas telah membayar ufti yang sangat besar kepada Kerajaan Assyria. Dalam keadaan Kerajaan Yehuda yang semakin lemah, Kerajaan Philistin dan Kerajaan Edom telah membuat rancangan untuk menyerang negeri Yehuda. 

Semua kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Yehuda terjadi sebagai hukuman Allah Taala terhadap Raja Ahas kerana sifatnya yang begitu keji di mana baginda telah membakar puteranya sebagai korban persembahannya. Perbuatan itu telah mendorong rakyatnya melakukan  persembahan korban kepada tuhan-tuhan berhala, menempatkan mezbah tuhan Asyur di kuil istana, menggeser dan menyalahgunakan mezbah tembaga Nabi Sulaiman menjadi tempat meramal, dan menutup tempat suci.

Walaupun begitu, Nabi Obed dan Nabi Isaiah tetap meneruskan seruannya agar rakyat Yehuda kembali beriman kepada Allah Taala malah mereka telah menyampaikan ancaman berupa azab dari Allah sekiranya mereka tetap engkar dengan seruan yang disampaikan oleh mereka. Oleh kerana mereka berdua menjadi ancaman kepada ketenteraman Raja Ahas dan rakyat Yehuda, maka Raja Ahas memerintahkan agar Nabi Obed dan Nabi Isaiah ditangkap dan dipenjarakan.

Nabi Isaiah yang mendapat perkhabaran dari sahabat rapatnya telah melarikan dirinya sementara Nabi Obed dapat ditangkap dan dipenjarakan. Sementara itu, penduduk Yehuda mengejar Nabi Isaiah hingga sampai di kawasan hutan. Dalam pelarian itu, Nabi Isaiah telah menemui sebatang pohon yang besar lalu dengan mukjizat yang dimilikinya, maka pohon itu terbelah dua lalu Nabi Isaiah pun bersembunyi di dalam batang pohon tersebut. Iblis yang sentiasa menjadi musuh para Nabi telah menyamarkan diri menjadi seorang lelaki separuh usia. Lalu dia menemui beberapa orang lelaki yang mencari Nabi Isaiah dan memberitahu bahawa Nabi Isaiah menyembunyikan dirinya di dalam pohon besar itu.

Setelah mendapat tahu bahawa Nabi Isaiah bersembunyi di dalam batang pohon itu, mereka pun gergaji pohon itu sehingga membuatkan tubuh Nabi Isaiah terpotong dua dan wafat di dalam batang pohon tersebut. Beberap bulan dari kejadian itu, Nabi Obed pula wafat di dalam penjara akibat diseksa dengan kejam oleh Raja Ahas.



Sekian " Terima Kasih " ....

Post a Comment

0 Comments
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!