Bahaya Energy Drink ....
Bahaya Energy Drink .... | Saya nasihatkan padaanda semua jangan suka sangat minum minuman Energy,kerana kandungan gulanya sangat tinggi,tak percaya jom kita lihatnya sendiri ....
Minuman Tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain.
Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.
Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini.
Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, “minuman tenaga” mengandungi GULA yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula!
Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung,
Untuk kanak kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah .
APAKAH YANG DI CADANGKAN OLEH PENGKAJI?
Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kanduangan, pemasaran dan jualan produk ini .
Mengawal had pengambilan kafien yang di benarkan pada setiap hidangan
Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak kanak dan remaja
Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenalpasti gejala pesakit yang mengalami masalah “Caffeine intoxication”
Mengawal pengiklanan “minuman tenaga"

