Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Seller Yang Jual Paling Mahal Harga Channa Limbata Pair Local Dalam Malaysia ...
Seller Yang Jual Paling Mahal Harga Channa Limbata Pair Local Dalam Malaysia ... | Wan Abdullah Wan Majid mengaku dari 4 - 5 tahun lalu hingga kini beliau adalah Seller yang menjual paling Mahal Harga Channa limbata pair local dalam Malaysia. Saya pernah hunter/seller Channa limbata seperti dari negeri-negeri PERLIS KEDAH KELANTAN DAN TERENGGANU . Harga-harga berbeza mengikut SAIZ WARNA FIN DAN CIRI2 GRADE FIZIKAL . Ada low grade medium grade high grade selari dengan harganya mahupun sekor atau sepasang ....
Ciri-ciri dibawah yang menentukan harrga/grade :-
SAIZ
#Lagi besar panjang saiznya lagi mahal
Tetapi mesti lihat ciri-ciri tambahan yg lain.
#tidak semestinya 6inci lagi mahal dari 4inci.
#tidak semestinya 5inci lebih murah dri 7inci
WARNA MATA
#warna mata ada 3 Jeniis iaitu merah Oren dan kuning ... ketiga-tiga warna mata ini boleh bertukar menjdi warna hitam. Warna mata merah paling bernilai dan lebih mahal dari warna oren dan kuning... Jika warna mata sama dengan warna fin lagi baik . Ok contoh yea...mata merah tapi fin Oren vs mata oren tapi fin kuning . Mana lebih mahal ? Tentu la yang mata merah fin oren. Kalau mata merah fin merah memang paling mahal la...no. 1
WARNA FIN/BANDING
#Ada 3 Jenis warna merah oren dan kuning
#No.1 merah no.2 Oren no.3 kuning.
#warna merah paling mahal warna kuning paling murah... Warna Oren pertengahan
KETEBALAN FIN/BANDING
#ketebalan fin/banding pada sirip atas dan ekor
#Makin tebal makin mahal/berkualiti
#bentuk dan corak fin seperti "fire" @ "dragon"
adalah yg terbaik.
KETINGGIAN SIRIP ATAS
#Sirip atas atau dorsal fin makin tinggi makin mahal/berkualiti dikenali "high fin" .
#tulang2 fin yg pertama hingga ketiga mesti tinggi dan seterusnya.
#ketinggian sirip atas/tulang2 fin bermula dari awal hingga pertengahan dan hujung mesti sama tinggi/level.
EKOR
#Ekor atau caudal fin
#Lagi besar@lebar ekor lagi baik/berkualiti
#bentuk fin ekor seakan-akan corak "fire" terbaik.
WARNA BADAN
#badan gelap atau dark body lebihh baik/bkualiti
#dark body & strong colour memang lebihh mahal
#body cerah atau tidak gelap paling murah.
Ada banyak lagi ciri-ciri lain tambahan fizikal yang menentukan nilai/harga pada Channa limbata.
Harga atas seller-seller...banyak pilihan. Ada mahal ada murah...ada kualiti rendah ada kualiti tinggi... Ada cantik lawa ada biasa-biasa sahaja. Jadi buyer-buyer ada hak buat pilihan dan keputusan... Ukur baju di badan sendiri.
Sekian " Terima Kasih " ....




