5 JENIS RESEPI LEPAT ....




Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


5 JENIS RESEPI LEPAT



5 JENIS RESEPI LEPAT   |   Lepat ada pelbagai jenis rupanya,tak sangka saya lepat boleh dibuat dengan pelbagai jenis buah-buahan dan perisa,setahu saya lepat ini hanya dibuat oleh buah pisang dan ubi kayu sahaja,lepak kegemaran atau kesukaan saya adalah ubi kayu.....



1 - LEPAT PISANG






LEPAT PISANG

Bahan-bahan:

2 cawan pisang, yang sudah dilecek
1/4 cawan gula putih
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
1/4 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam


Cara-cara:

Panaskan periuk kukus. Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.

Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.

Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.

Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.

Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.

Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.

Tip:

Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul.

Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan



2 - LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an







LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an

BAHAN - BAHAN

1. 1 Kg tepung pulut
2. 3 cawan Gula merah 
3. 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih) 
4. 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan  
5. Sedikit garam
6. Daun pandan


CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Campur gula merah, gula pasir,  santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.

2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.

3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.

Siap...
Selamat mencuba...

KREDIT : Fb Resepi Viral
Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan



3 - BELEBAT UBI @ LEPAT UBI







BELEBAT UBI @ LEPAT UBI
Resepi Oleh : Ayu

1 kg ubi kayu di parut atau di blender
135 ml santan pekat
238 gm air gula Melaka ~ ita letak 250 gm hihi senang nak timbang
1 sudu besar gula timbang
secubit garam
1 helai daun pandan ~ disimpul
Daun pandan di layur secukupnya

Ubi kayu, di bersikan dan di buang kulit. Potong sejengkal untuk mudah nak parut dan nak bersihkan kulitnya.

Kemudian cuci bersih
Parut ubi dengan sagat
Ubi yang telah di parut, kemudian masukkan dalam kain muslin atau apa-apa kain yang bersih dan perah. Jangan perah sampai kering, perah agak-agak aje nak buang air pahit ubi.

Baki air perahan tu kita biarkan mendak. Air jernih tu buang, baki dedaknya satukan semula dalam ubi parut tadi. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam periuk yang kecil, satukan gula Melaka, gula merah daun pandan dan air ( air ni agak-agak aje jangan banyak sangat pulak.. bila dah masak nanti tapis, kemudian timbang balik air tu dalam  250 gm )

Satukan semua bahan tadi dan gaul rata.

Sediakan daun pisang secukupnya. Daun pisang cuci bersih, lap kering dan layurkan dekat api atau boleh jemur kat panas. ( kalau cuaca jerebu jangan jemur panaskan atas dapur aje bagi layur )

Kemudian potong 7 X 5 inc

Jemputlah kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan



4 - Lepat Labu Bersagu








#lepatlabubersagu

2 cawan labu(di rebus&di lecek)
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
½ cawan gula(klu x manis boleh tambah)
⅓ cawan sagu(di rendam sehingga kembang)
secubit garam

daun pisang(siap di layur)

*masukkan semua ke dalam bekas kecuali santan..gaul sebati kemudian tuang santan sedikit demi sedikit sambil kacau.
*adunan ni tidak terlalu pekat&cair..klu pekat tambah santan klu cair tambah sedikit tepung.
*ambik daun pisang..letak adunan di tengah² kemudian balut kemas.
*kukus 25-30 minit@sehingga masak.

Credit : Siti Hadirah

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan



5 - LEPAT CENDOL








LEPAT CENDOL

1 cawan tepung jagung
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
Sikit kapur makan
7 sudu besar gula
Daun pandan (kisar dan ambil airnya)
Garam secukup rasa
1 cawan cendol (cuci dan toskan)

1. Masukkan semua bahan kecuali cendol ke dlm periuk. Masak atas api sederhana. Kacau selalu.

2. Masak sehingga adunan menjadi pekat dan meletup-letup.

3. Masukkan cendol, kacau perlahan.

4. Layurkan daun pisang atas api sekejap. Ambil sesenduk adunan. Letak atas daun pisang dan bungkus kemas.

5. Buat sehingga adunan habis.

6. Kukus lepat sehingga masak, tutup api siap.

Selamat mencuba.

Kredit resepi : Iedaa Jahaya

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan






Kemudian bungkus lah atas daun pisang.
Letak 2 sudu besar, ratakan kemudian lipat kiri kanan rujuk gambar.
Kalau nak lipat tak nampak ubi pun boleh lipat aje terus kelepet sampai tepi. Jadi tak nampak lah ubi tu.
Buat sampai habis, kemudian susun dalam kukusan
Kukusan pula dah di panaskan sampai didih airnya
Bila dah didih, kukuslah kuih ni antara 30 ~ 45 minit
Angkat setelah masak dan sejukkan. 

@ResepiDuniaMasakan


Sekian " Terima Kasih " ....


Post a Comment

0 Comments
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!