Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Biskut Tawar Kecil Atau Gelarannya Biskut Mayat Menjadi Pilihan Pada Musim Hujan ...
Biskut Tawar Kecil Atau Gelarannya Biskut Mayat Menjadi Pilihan Pada Musim Hujan ... | Biskut Tawar Kecil Adalah nama sebenarnya , Di kelantan sejak dahulu lagi di panggil BISKUT MAYAT , saya tak pasti kenapa dan mengapa di panggil BISKUT MAYAT , apa kata kita rungkaikan kenapa dan mengapa di panggil biskut mayat ....
Semasa saya berumur 4 Tahun lagi sering tertannya-tanya kenapa dan mengapa di kelantan memberikan nama yang pelik-pelik pada makanan,minuman dan juga nama orang , memang pelik dan unik sangat orang kelantan,ada yang jenis kreatif dengan pelbagaikan barangan jualan mereka ....
Bebal;ik pada topik asal kita tadi,kenapa dan mengapa di kelantan BISKUT TAWAR KECIL dipanggil BISKUT MAYAT , Pada usia saya meningkat dewasa,seingat saya di peringkat sekolah menengah ,saya baru mengetahui kenapa dan mengapa dipanggil atau diberikan nama seperti itu , MEK ( MAK ) saya memberitahu kerana bila ada orang meninggal dunia BISKUT TAWAR KECIL menjadi pilihan utama untuk menjamu para tetamu yang melawat jenazah , sebab itulah digelarkan BISKUT MAYAT oleh orang kelantan ,rupa-rupanya orang zaman dahulu jika tiada budget sangat nak menjamu para tetamu , BISKUT TAWAR KECIL menjadi pilihan utama para tuan rumah,kerana BISKUT TAWAR KECIL mudah untuk dihidangkan bersama air KOPI,TEH dan minuman panas lain- lain lagi yang menjadi kegemaran ...
Saya suka sangat makan BISKUT TAWAR KECIL bersama air TEH'O panas atau MILO'O panas , anda pulak bagaimana ? itulah yang menjadi tanda persoalan saya selama ini , telah pun menemui jawapan yang cukup lengkap dan detail sekali,di negeri anda di panggil apa ek? mesti ada nama yang unik dan pelik juga ,betul tak ?
JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN , PADA RUANGAN KOMEN DI BAWAH ....
Ada juga yang mempelbagaikan hidangan BISKUT TAWAR KECIL ini , Resepinya dari https://cookpad.com/ Banyak lagi Resepi-resepi yang menarik di laman webnya ...
Biskut Tawar Sambal
#cooksnap #goldenapron2020 Biskut Tawar Sambal ni rasa macam biskut kapal terbang timbang kilo.Sedap betul....terima kasih Julia ALeen Aireish resipi simple tapi sedap ni...seronok makan macam jajan...
Hidangan Untuk 6 orang
- 250 g Biskut Tawar saiz kecil
- 30 g pes sambal tumis serbaguna Maggi
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
- Segenggam ikan bilis tumbuk
- 2 sudu besar minyak
- 2 sudu besar air
Cara - Cara Membuatnya
Sekian " Terima Kasih " ...











