Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
BARANGAN ELEKTRIK JENAMA SINGER DIPERCAYAI SANGAT BERKUALITI....
BARANGAN ELEKTRIK JENAMA SINGER DIPERCAYAI SANGAT BERKUALITI... | Ramai yang takut untuk mengambil risiko dengan membeli barangan daripada SINGER, Mereka mengatakan SINGER mengambil bayaran faedahnya terlalu mahal dan sangat membebankan, bagi saya tidak membebankan jika kita berjimat dan mengambil barangannya mengikut kemampuan....
Daripada saya membazir membeli benda-benda lain dan barangan yang tidak berfaedah, lebih baik saya membeli barangan dari SINGER untuk kegunaan harian.....
Saya mengambil 2 barangan elektrik sekali gus dari SINGER, MESIN BASUH dan PETI SEJUK, bayaran MUKA permulaanya memang agak membebankan sedikit, tapi itu hanyalah sekali sahaja, selepas itu hanya membuat bayaran bulanan sahaja.....
Mesin basuh yang saya ambil hanya 10kg muatan sahaja dan sepenuhnya automatik, sangat berbaloi dan puas hati,hanya bukak air, tekan, tekan, tekan dan tinggalkan, senang dan mudah....
Barangan kedua pulak adalah PETI SEJUK DUA PINTU, sangat luas dan ruang dalaman yang memuaskan, tapi belum penuhkan lagi dengan barang-barang makanan.....
Bahagian bawah PETI SEJUK :
Bahagian pintu peti sejuk bawah
Tempat letak telur di bahagian pintu peti sejuk bawah
Bahagian dalam peti sejuk
Bahagian dalam peti sejuk bawah tempat letak sayur-sayuran ...
Bahagian dalam peti sejuk bawah tempat letak lauk sejuk beku ...
Ruangan lauk sejuk beku yang sangat luas...
Jenis lampu LED dan adjust suhu peti sejuk....
Itulah barangan elektrik yang berjenama SINGER saya pakai sekarang ini,ansuran mudah yang di tawarkan SINGER juga sangat rendah dan mengikut budget saya,bagi anda yang ingin mengambil barangan jenama SINGER atau dengan SINGER bolehlah berkunjung ke cawangan SINGER berdekatan dengan anda sekarang ....
Sekian " Terima Kasih " ....













