RESEPI : AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS




Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera



RESEPI : AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS



RESEPI : AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS   |   Sebut sahaja ayam mesti senang sahaja hendak masak,pelbagai masakan boleh di buat berkenaan dengan ayam,terutama sekali AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS ....






AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)
.
Cara :
Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sgt sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.. goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.
.
Done!




Selamat Mencuba
Pemilik resepi : @angelic.argan
Telegram @ResepiDuniaMasakan


Sekian " Terima Kasih " ...

Tags :-

Post a Comment

1 Comments
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!