Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
BEEHOON GORENG
Maggie Cukup Rasa Beehoon Goreng Ringkas | Bagi orang bujang macam Pok Ucu ini memang suka sangat memasak makanan yang ringkas,senang dan mudah , Kali ini Pok Ucu nak kongsikan menu ringkas iaitu makanan ringan BEEHOON GORENG menggunakan bahan utama MAGGIE CUKUP RASA ...
| Sekadar Gambar Hiasan Atau Cadangan Hidangan |
2 Sudu Besar Minyak masak Bahan
A ( bahan dikisar )
5 Ulas Bawang Putih
1 Biji Bawang Merah
50 Gram Cili Kering,Direndang ( Segenggam )
100 Gram Udang,Dibersihkan
100 Gram Sotong,Dibersihkan dan Dipotong Bulat
50 Gram Lobak Merah,Disagat Pendek
100 Gram Kobis,Dibasuh Dan Di Hiris
100 Gram Sawi,Dibasuh Dan Dihiris
Bahan B
2 Sudu Besar MAGGIE Sos Tomato
1 Sudu Besar MAGGIE Cukup Rasa
50 ML Air 400 Gram Beehoon,Dibasuh Dan Ditapis ( rendamkan agar lembut )
Cili Merah,dihiris Limau kasturi,dipotong dua Daun Bawang ,dihiris
Cara Penyediaan
1 . Tumiskan bahan A sehingga pecah minyak,masukkan udang,sotong dan sayur .
2 . Gaulkan sebentar . Masukkkan bahan B.kacau rata.
3 . Masukkan air dan beehoon , gaul sehingga sebati .
Sedap tak sedap itu lain cerita , Yang penting anda mesti nmencubanya , bahan-bahan dan penyediaannya sangat ringkas,mudah dan senang , bergantung pada citarasa sendiri untuk mengubahnya ....
Sekian " Terima Kasih " ...
