Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
CARA LETAK GAMBAR ATAU VIDEO INSTAGRAM DALAM ENTRY BLOG
Pok Ucu berkunjung ke laman blog CIK EPAL , baca artikel terbaru beliau berkenaan dengan http://cikepal06.blogspot.com/2018/02/project-baru-dengan-suami.html , lihat ada status bergambar instagram dalam entry beliau , terfikir jugak bagaimana beliau meletakkannya dan cara nak buat seperti itu ...
Apa lagi Pok Ucu pun google la " cara letak gambar instagram dalam entry blog " , jumpa la entry dari http://www.blogpadu.com/ , Pok Ucu pun ikut la step by step macam mana beliau buat ....
Rupanya senang sahaja , kacang sajalah , jadilah seperti di atas , Pok Ucu kongsikan tutoriol ini pada anda semua , supaya tidak mencari-cari nanti ...
- LOG IN akaun instagram anda dahulu .
- Pilih gambar yang anda mahukan . lepas itu klik ikon dalam bulatan merah , seperti dalam gambar di bawah .
3 . Kemudain pilih Embed code > copy
![]() |
| gambar sekadar untuk rujukan atau contoh |
4 . Buka dashboard blog > post > html
5 . Paste kan dekat html .
6 . Selesai .
Jika hendak meletak di tengah-tengah : tulis perkataan <center> di awal code dan </center> di akhir code
Hendak mengubah saiznya : cari " max-width : 658px " -ubah number itu sahaja ...
Mudah sangat-sangat . Pok Ucu update entry ini bersumberkan
Jadilah seperti ENTRY ini , ilmu kena kongsikan barulah sama-sama ada kemajuan , betul tak , lepas ini tak payah dah susah-susah nak update dan cari gambar dari sumber lain , ambil sahaja dari instagram status anda dan status yang anda minati ...
SEKIAN " TERIMA KASIH "


