Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Penghujung Disember Yang Begitu Memeritkan
Memang susah kalau hidup tidak bekerja,pok ucu (helmi) behenti kerja pun bukan sebab apa kerana tidak mahu bertengkar dan bergaduh besar dengan staff lain...
Setiap kali Pok Ucu (helmi) behenti kerja itulah sebab utamanya,disebabkan salah faham yang selalu berlaku di tempat kerja Pok Ucu (helmi) selalu mengundurkan diri dari masalah tersebut,sentiasa LARI!!! dari masalah dan tidak mahu masalah tersebut menjadi pergaduhan yang MEMBORAK atau MELARAT kepada orang lain....
Pok ucu sendiri pun tidak tahu dimana salah dan silapnya,bekerja sebaik mana pun orang akan pandang serong kepada kita,mengutuk dan bercakap di belakang dan banyak lagi keburukkan kita yang mereka akan ceritakannya...
Hidup ini memang perlukan banyak bersabar untuk menempuhi segala dugaan dari ALLAH s.w.t,kita hanya mampu berserah dan berdoa kepadanya...
"Bak kata orang bertawakkal sahajalah,sesungguhnya yang menentukannya adalah ALLAH s.w.t..."
Biarlah pok ucu (helmi) mengundurkan diri dan hilang kerja/kerjaya,demi menjaga perasaan dan persahabatan...
Mungkin tiada sudah tiada rezeki di tempat tersebut,sesungguhnya banyak lagi tempat dan punca rezeki yang ada,hanya mampu berusaha untuk mencarinya...
DOA SUPAYA HATI TENANG
Banyak lagi DOA-DOA AMALAN yang lain perlu diamalkan >>klik disini<<
Sekian " Terima Kasih " ...


