Jaga Kebersihan Kanta Lekap
Jaga Kebersihan Kanta Lekap | Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kanta lekap sering menjadi pilihan ramai wanita,khususnya golongan muda sama ada sebagai aksesori ataupun penggunaan harian.
Penggunaan kanta lekap ini bukan saja lebih mudah daripada menggunakan cermin mata ,malah ia membuatkan wajah anda menyerlah dan mempersonakan .
Pemakaian kanta lekap juga berfungsi menjadikan mata lebih bersinar,terutamanya bagi wanita yang mementingkan penampilan.malah,pemakaiannya kelainan dan tampak lebih cantik lagi.
Di pasaran,terdapat pelbagai jenis dan warna kanta lekap sebagai pilihan.Antaranya kanta lekap bermata besar,lutsinar dan pelbagai tona warna.
![]() |
| sumber dari google |
Jangan abaikan keselamatan Bagaimanakah memilih kanta lekap berwarna yang sesuai?secara amnya,pemilihan bergantung kepada anda.
Tetapi sekiranya anda masih tidak pasti warna yang sesuai,perkara itu boleh dirujuk dengan pakar optik.
Namun,yang pasti walaupun penggunaan kanta lekap mampu mengubah penampilan ,jangan abaikan faktor keselamatan mata.jangak hayat dan kebersihan kanta lekap yang digunakan berperanan penting bagi memastikan mata anda tidak mengalami kerengsaan.
FAMILI berkongsi beberapa panduan yang harus anda ambil kira dalam pemakaian kanta lekap supaya tidak memberikan risiko pada mata anda.
Panduan Pemakaian Kanta Lekap
| sumber dari google |
1 . Pantikan Tangan Bersih
Basuh tangan dengan sabun.Elak menggunakan produk sabun yang berminyak ,mempunyai wangian atau losen .
| sumber dari google |
2 . Bersolek dengan Cermat
Bagi solekan mata,pembayang mata mahu pun celak,sapukan dengan lembut supaya tidak terkena pada kanta lekap.
3 . Gunakan Produk Selamat
sekiranya mencari barang kosmetik ,pilih yang tidak mendatangkan alahan atau bahan yang sudah diuji oleh pakar mata dan selamat untuk kanta lekap.ini penting khusus untuk individu yang mempunyai mata sensitif.
4 . Pakai Kanta Lekap Sebelum Bersolek
![]() |
| sumber dari google |
Ada sesetengah pihak mencadangkan untuk bersolek terlebih dulu tetapi harus ingat ,sekiranya dilakukan tidak berhati-hati ia berisiko merosakkan kanta.Keberangkalian untuk kanta itu tercemar adalah lebih tinggi kerana tangan dan jari anda terdedah kepada kosmetik yang mengandungi bahan kimia.
5 . Elakkan Maskara Berserat
| sumber dari google |
Maskara seperti ini berpotensi untuk mencemarkan mata anda,sekali gus terperangkap di dalam kanta.Justeru,gunakan maskara yang tidak kalis air,supaya ia mudah di bersihkan.
6 . Simpan di Dalam Bekas
| sumber dari google |
Jika anda memakai kanta lekap pakai buang tiada masalah untuk menyimpannya.Bagaimanapun,bagi yang memilih kanta lekap yang boleh digunakan semula,pastikan ia di simpan dalam bekasnya dan letakkan ia tempat yang bersih
Sekian " terima kasih " ...


